Takaful Perisai Keluarga dan Pusaka

Takaful Perisai Keluarga dan Pusaka

Tuesday, March 30, 2010

Orang melayu lebih sayangkan harta daripada diri sendiri

Orang melayu lebih sayangkan harta dari sayangkan diri sediri dan keluarga. Apa perlunya berkereta besar jika hanya sekadar untuk ditunjuk-tunjuk atau menjadi lambang kebanggaan. Harta yang kita miliki adalah milik Allah SWT yang bila-bila masa sahaja menunggu masa untuk ditarik kembali. Jika kita terlalu bergantung kepada harta, ditakuti nanti bila tiada harta kita akan putus harapan dan kufur kepada Allah SWT.

Maka bersyukurlah dengan segala yang kita ada dan gunakanlah harta kejalan yang diredhai. Simpan dalam simpanan yang dijamin halal dan memberi pulangan yang berpatutan. Simpan 10% daripada pendapatan untuk jaminan kewangan anda bila anda sakit atau hilang upaya untuk berdikari dan jika anda meninggal dunia lebih awal.


A. Kasihkan Harta
Kebanyakan Orang Melayu umpamanya apabila membeli kereta atau motorsikal pasti akan disertai dengan membeli insuran. Tak cukup lagi ditambah pula dengan insuran cermin dan sebagainya. Beli rumah disertai dengan membeli insuran kebakaran, MRTA dan sebagainya. Membeli barangan antik, barang kemas, barang perhiasan dan sebagainya turut juga disertai dengan membeli insuran. Tujuannya hanya satu iaitu untuk melindungi harta tersebut. Kalau berlaku kemalangan, kerosakan, kebakaran atau kematian barang tersebut akan diganti semula oleh pihak insuran. Mereka tidak sanggup kehilangan atau kecacatan barang itu. Mereka juga tidak sanggup atau tidak mampu menggantikannya semula dengan perbelanjaan sendiri. Beribu RM sanggup dikorbankan untuk tujuan membeli insuran. RM tersebut hangus, tahun hadapan beli lagi dan hangus lagi. Kiralah berapakah RM hangus dalam tempoh 10 atau 20 tahun semata-mata untuk harta?

B. Abaikan Diri Sendiri Dan Keluarga
Masih tidak ramai lagi orang Melayu yang sayangkan diri sendiri dan keluarga dengan menyertai Takaful. Bagi mereka Takaful tidak perlu kerana mereka sentiasa berfikir seperti berikut:-

  1. Takaful atau insuran sama sahaja iaitu untuk menipu orang ramai
  2. Sesuatu musibah tidak kena pada diri mereka dan hanya kena pada orang lain
  3. Mereka sentiasa sihat dan yang sakit itu orang lain
  4. Mereka tidak nampak nilai kesihatan dan umur mereka kerana ia diberi percuma oleh Allah
  5. Umur mereka panjang dan tidak nampak akan mati
  6. Sikap jika suami mati, isteri dan anak-anak pandai-pandailah nak hidup
  7. Mereka tidak nampak jika berlaku kematian atau sakit mereka akan menyusahkan isteri dan anak-anak
  8. Mereka tidak beriman kepada ayat Al-Quran dan Hadith tentang keperluan Takaful
  9. Mereka tidak dapat maklumat yang tepat tentang keperluan Takaful
  10. Hanya bergantung harap subsidi kerajaan dalam menanggung kos perubatan
  11. Belum ada saudara mara atau sahabat yang ditimpa masalah penyakit kritikal di depan mata sendiri.
  12. Tiada mempunyai rasa tanggungjawab untuk survival bangsa Melayu itu sendiri.
  13. Suka bergantung pada takdir sebelum berusaha

Tuesday, February 23, 2010

Takaful sebagai perisai mengagih pusaka

Semasa mengagih pusaka , harta peninggalan arwah mengecut sebelum sempat diagihkan kepada waris. Ini akibat kos mahkamah, kos pentadbiran dan pembayaran hutang.
Takaful yang dirancang dengan betul dapat membayar dan menampung beban hutang yang ditinggalkan arwah


click image for large view

Apakah perancangan masa depan kewangan anda?

Pelunasan hutang rumah, kereta , kredit kad, pinjaman peribadi, atau bil-bil perkhidmatan sekiranya anda meninggal dunia?

Menyediakan tabung pendidikan untuk anak-anak anda ?

Dana persaraan (selain dpd KWSP) yang mencukupi setelah berusia melebihi 55 tahun?

Simpanan untuk menunaikan haji / umrah?


Bonus dan dividen simpanan setiap 3 tahun yang boleh dilaburkan semula ke dalam ASB?

Wang pembiayaan hospital/pembedahan sekiranya sekiranya ditimpa penyakit kritikal atau kemalangan?

Semua keinginan ini dapat ditunaikan melalui simpanan dan perlindungan di Etiqa Takaful yang memberikan keuntungan mudharabah 5.5% dalam ke atas simpanan anda

Monday, February 22, 2010

Pelan Etiqa Takaful Mesra


Pelan Etiqa Takaful Mesra adalah pelan takaful keluarga yang komprehensif dan fleksibel yang menawarkan perlindungan asas dan kadar simpanan untuk masa hadapan.

Dengan kombinasi manfaat asas dan manfaat-manfaat tambahan pelan ini menyediakan jaminan pendapatan, simpanan persaraan, kos perubatan dan elaun hospital dan rawatan penyakit serta pampasan kemalangan. Peserta juga berhak mendapatkan pengecualian cukai pendapatan sehingga RM6000.

"click at image for large view"

Aliran Sumbangan
Tahun
1
2
3
4>
Akaun Peserta
0%
10%
50%
75%
Akaun Khas Peserta
100%
90%
50%
25%


Manfaat Tambahan
  • Rider Bertempoh
  • Kematian & Keilatan akibat Kemalangan
  • Indemniti Kemalangan
  • Elaun Hospital
  • Penyakit Kritikal
  • Kad Perubatan

Pelan eTiQa Takaful PRIMA

Pelan ini khusus untuk anda seorang peniaga, business person, atau juga anda seorang yang berkemampuan kerana Etiqa Prima menyediakan peluang untuk anda melabur dan juga memberi perlindungan untuk anda.

Ini kerana sumbangan anda selama setiap 3 tahun, anda akan diberikan bonus berkala dan dalam pada masa yang sama anda akan mendapat Protection,Saving dan Dana Pelaburan anda.

Dari bonus berkala tersebut kita boleh melabur semula untuk menggandakan wang kita dengan melabur di mana sektor perbankan yang menawarkan 10%-38% dsb yang sepertimana di ditawarkan oleh Public Mutual, CIMB, AMBANK, ASB, ASW 2020 dll.

Terdapat juga golongan ahli perniagaan atau peniaga kecil menggunakan bonus berkala ini adalah untuk menambahkan modal dalam perniagaan, pembelian aset seperti rumah,kedai, bangunan.

Sekiranya peserta itu membuat pelan Etiqa Prima ini dalam tempoh 30 tahun, so 10 kali peserta tersebut akan dapat bonus berkala.

Dengan Pelan eTiQa Takaful PRIMA anda mendapat Protection,Saving dan Dana Pelaburan anda. Kehidupan yang selesa jika anda bersara kelak.

Sunday, February 21, 2010

Elakkan bebanan hutang pinjaman pendidikan membelenggu anak anda


Kami di Etiqa Takaful sedia memahami keperluan hidup anda, malah turut juga prihatin terhadap masa depan dan kehidupan anak-anak anda. Mereka bukan sekadar menerima pendidikan yang sewajarnya, kami turut pastikan anak-anak anda dilindungi sepenuhnya jika berlaku sesuatu yang tidak diingini berlaku ke atasnya.
PELAN ETIQA TAKAFUL SARJANA bukan sahaja Skim Simpanan Pelajaran, malahan ia juga melindungi Si Pembayar iaitu IBU atau BAPA dari musibah yang berlaku.
click image for large view

Pelan Etiqa Takaful Sarjana
Kelayakan Penyertaan Had Umur : 14 hari Sehingga 17 tahun Tempoh Penyertaan : 5 hingga 25 tahun
Umur Pada Tarikh Matang : 13 hingga 25 tahun


Pembahagian Keuntungan / Lebihan Pembahagian keuntungan dan lebihan adalah sebanyak 80% kepada peserta dan 20% kepada Etiqa Takaful Berhad.

Peserta berhak menerima keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan dari Akaun Khas Peserta (Jika ada).

Pengecualian Cukai Pendapatan
Kontrak ini layak menerima pelepasan cukai pendapatan tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Berdasarkan gambarajah di atas, jika anak anda berumur 2 tahun, anda telah mula menyimpan sebanyak RM100 untuknya sehingga berumur 25 tahun maka manfaat-manfaat berikut akan diperolehi
  • Manfaat Perlindungan
  1. Sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh ke atas pembayar, kesemua sumbangan RM100 tersebut akan dilunaskan oleh ETIQA TAKAFUL sehingga tarikh matang, anak meninggal dunia atau keilatan kekal menyeluruh, yang mana terdahulu dan Tabung Biasiswa/Saraan RM20000 akan diberikan kepada peserta (anak)
  2. Sekiranya berlaku kematian ke atas anak, pelan ini akan membayar Tabung Khairat (Anak) RM 81,000 berserta Akaun Peserta dan keuntungannya yang terkumpul.
  3. Sekiranya berlaku hilang upaya kekal ke atas anak, pelan ini akan membayar Tabung Hilang Upaya RM81000.
  • Elaun Harian Hospital
  1. Jika anak masuk wad di mana-mana hospital, elaun Manfaat Hospital diberi sebanyak RM50.
  2. Jika masuk wad selama 10 hari, peserta akan mendapat RM500 elaun
  • Manfaat Sampingan
  1. Pendahuluan Dana Pendidikan - Pengeluaran wang daripada Akaun Peserta (AP) dibolehkan 3 tahun sebelum tarikh matang.
  • Manfaat Matang
  1. Apabila pelan ini matang, peserta akan menerima keseluruhan akaun jumlah terkumpul RM27000 dalam AP termasuk keuntungan dari AP dengan lebihan Akaun Khas Peserta.
Dengan menyertai RM100 produk ini, pelanggan layak mendapat
Anugerah Intelek untuk pelajar cemerlang sebagai galakan anak belajar
  1. UPSR 5A = RM500
  2. PMR 8A = RM750
  3. SPM 8A = RM1000
  4. STPM 5P = RM1000


Saturday, February 20, 2010

Simpan 10% untuk melindungi 100% gaji

Simpan sedikit – sedikit lama – lama jadi bukit. Perumpamaan ini telah menjadi darah daging dalam masyarakat Malaysia dalam mendidik tabiat suka menyimpan dari kecil.

Mengikut pengarang buku ‘ The Richest Man in Babylon
‘ , beliau menyarankan agar anda menyimpan 10% setiap kali anda menerima gaji / wang.

Hikmah disebalik saranan ini adalah, wang simpanan anda akan berkembang dalam jangka masa panjang.
Saranan ini memang masih boleh diguna pakai dalam zaman melenium ini. Persoalannya sekarang adalah, di mana anda perlu menyimpan ? Di rumah kah ? Di bank kah? ASB kah ? Banyak pilihan dan setiap instrumen kewanganmemberikan faedah tertentu kepada para penyimpan.

Jika anda menyimpan 10% dari gaji anda di ASB, maka sudah tentu dalam tempoh 20 tahun akan datang anda akan mempunyai satu jumlah wang yang sangat besar.
Jika anda menyimpan 10% di bank, anda masih perolehi wang yang
banyak dalam tempoh 20 tahun, tetapi kurang dari apa yang diperolehi di ASB, kerana pulangan yang diberikan diASB adalah lebih tinggi berbanding bank simpanan.

  • Cuma masalahnya adalah, simpanan anda di ASB atau bank, tidak memberi jaminan dimana simpanan anda akan berterusan sehingga 20 atau 30 tahun akan datang. Jaminan apa ? Jaminan di mana anda akan tetap menyimpan secara tetap setiap bulan di ASB / bank sehingga 20 tahun akan datang.
  • Secara logiknya, selagi anda mampu bekerja, anda akan mampu menyimpan 10% gaji anda di ASB / bank. Itu kalau anda masih bekerja. Tetapi…
  • Tetapi, jika anda sudah tidak mampu bekerja, mampukah anda menyimpan 10% gaji anda setiap bulan ? Kenapa tidak, selagi anda mampu bekerja anda mampu menyimpan. Apa sebabnya yang anda tidak mampu bekerja ? Majikan gulung tikar ? Cari majikan lain. Kos kenaikan bahan api / perbelanjaan harian ? Jimat dan potong perbelanjaan yang tidak perlu..untuk anda masih boleh mengekalkan simpanan anda 10% setiap bulan. Apa lagi yang tak kena ?

  • Sedar atau tidak, setiap manusia/keluarga akan menglami suatu peristiwa besar dalam kehidupan mereka iaitu
  • KEHILANGAN SUMBER PENDAPATAN AKIBAT RISIKO KEHIDUPAN. Apa risiko kehidupan itu ? Ya, meninggal dunia, lumpuh akibat penyakit / kemalangan, dan menderita penyakit kritikal. Inilah risiko kehidupan yang akan membuatkan anda tidak mampu bekerja selamanya. Jadi, mampukah anda mengekalkan simpanan 10% gaji anda setiap bulan ?
  • Bagaimana mungkin, perbelanjaan sara hidup keluarga, perbelanjaan rumah / kereta, perbelanjaan sekolah anak – anak, simpanan persaraan, perbelanjaan perubatan, wang saku kepada ibu bapa – AKAN HILANG SELAMANYA.

  • 75% pesakit kanser tidak tahu mereka mengidap kanser sehingga stage 4 ( peringkat terakhir )
  • kematian akibat kemalangan setiap tahun menjangkau 4 angka setiap tahun..ribuan angka serangan strok yang mengakibatkan lumpuh kekal…
  • RIBUAN keluarga hilang tempat bergantung dan hilang PUNCA PENDAPATAN dalam sekelip mata…
  • anda sendiri pasti terbaca kejadian seumpama ini di dalam akhbar harian..pasti berlaku setiap hari…Cuma kita tidak tahu..bila giliran kita akan tiba…

  • Maka dengan itu, simpan 10% gaji anda ditempat yang betul dan tepat yang dapat memberikan manfaat kewangan berganda kepada anda.
  • Simpan 10% gaji/sebulan, yang dapat melindungi dan membekalkan 100% dari gaji anda kepada keluarga selama 20 – 30 tahun, sekiranya anda tidak mampu lagi bekerja akibat meninggal dunia / lumpuh kekal.

Apabila pencari nafkah meninggal dunia, masalah yang akan dihadapi adalah :
  1. Belanja Pengebumian Jenazah (dalam kes meninggal dunia).
  2. Wang sara hidup sementara menunggu surat tadbir kuasa. (dalam kes meninggal dunia) Walau pun si suami meninggalkan wang dalam bank /KWSP/ ASB, ia mengambil masa beberapa bulan untuk mendapat hak mengambil wang tersebut. Anda perlu menunjukkan dokumen2 yang kadang kala tidak masuk akal bagi membuktikan status pewaris.
  3. Wang sara hidup untuk 20 – 30 tahun akan datang. PENTING!!!
  4. Masalah hutang kepada manusia ( bank ) / Allah ( hutang zakat )
  5. Wang pendidikan masa depan anak
  6. Simpanan Persaraan ( Hari Tua )

Bagaimana melindungi 100% gaji anda dengan simpanan 10%?
Jika anda bergaji RM 30 000 setahun, dengan menyimpan 10% gaji, faedah
kewangan yang akan anda perolehi adalah :
  1. 1. RM 150 000 diberi jika meninggal dunia akibat biasa. Wang ini adalah di sebut sebagai warisan gaji. Duit ini apabila dilaburkan di saham amanah dengan pulangan 10%, ia memberikan pulangan RM 15000 setahun membolehkan Kebajikan keluarga dan masa depan mereka masih terbela.
  2. RM 150 000 jika lumpuh kekal keseluruhan akibat biasa. Wang ini adalah disebut sebagai warisan gaji.Duit ini apabila dilaburkan di saham amanah dengan pulangan 10%, ia memberikan pulangan RM 15000 setahun membolehkan Kebajikan keluarga dan masa depan mereka masih terbela.
  3. RM 200 000 diberi jika meninggal dunia akibat kemalangan. Wang ini adalah di sebut sebagai warisan gaji. Duit ini apabila dilaburkan di saham amanah dengan pulangan 10%, ia memberikan pulangan RM 20 ribu setahun membolehkan Kebajikan keluarga dan masa depan mereka masih terbela.
  4. RM 200 000 jika lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan. Wang ini adalah disebut sebagai warisan gaji.Duit ini apabila dilaburkan di saham amanah dengan pulangan 10%, ia memberikan pulangan RM 20 ribu setahun membolehkan Kebajikan keluarga dan masa depan mereka masih terbela.
  5. RM 50 000 diberi jika anda disah menghidap penyakit kritikal. Wang ini sebagai wang pemulihan. Apabila mengidap penyakit kronik, anda mungkin memerlukan 3 bulan – 2 tahun untuk memulihkan kembali penyakit tersebut, sebelum anda boleh sambung bekerja. Duit ini adalah sebagai wang sokongan semasa dalam pemulihan.
  6. RM 50 000 akan diperuntukkan sekiranya anda mengalami kecederaan serius dalam sebarang bentuk kemalangan.
  7. RM 150 sehari sekiranya anda dimasukkan ke hospital. Duit ini adalah sebagai pengganti sumber pendapatan anda.
  8. Simpanan Hari Tua pada tempoh matang.Pelaburan ini adalah pelaburan berlandas Syariah dengan pulangan purata 5.5 % setahun. Dengan tindakan anda menyimpan 10% gaji di tempat yang tepat yang memberikan manfaat kewangan yang maksimum, anda telah menjaga kebajikan kelurga anda dari bencana kewangan, sekiranya anda tidak mampu bekerja lagi.

*Kami juga mempunyai kad perubatan yang mampu menanggung kos perubatan anda
sehingga RM 300 000 di kebanyakkan Hospital Swasta seluruh negara.*

Sunday, January 24, 2010

Kecemerlangan eTiQa Takaful



"click at image for large view"

eTiQa Takaful Medic-Save Rider (MSR)


"click at image for large view"


1. Medic-Save Rider (MSR) ADA 6 PLAN BERBEZA UNTUK DIPILIH.
2. MSR MESTI DIAMBIL BESAMA-SAMA PLAN ASAS SERENTAK.
3. BAYARAN BERBEZA MENGIKUT JANTINA, UMUR DAN PLAN.
4. BAYARAN RAWATAN HANYA 10 % SAHAJA.
5. MAKSIMA BAYARAN IALAH RM 3,000 DAN TIADA DEPOSIT.
6. MELINDUNGI PESAKIT LUAR 60 HARI SEBELUM DAN SELEPAS WAD
7. DISEDIAKAN NASIHAT PEMBEDAHAN KEDUA SUPAYA TIDAK DITIPU.
8. ELAUN HARIAN HOSPITAL KERAJAAN SEBANYAK RM 100 SEHARI.
9. PERLINDUNGAN KEMALANGAN ADALAH SERTA MERTA.
10. PERLINDUNGAN PENYAKIT BIASA SELEPAS 30 HARI.
11. HAD KESELURUHAN TAHUNAN :
RM 30K - RM 100K.

12. HAD PERLINDUNGAN SEUMUR HIDUP :
RM 90K - RM 300K

13. KHAIRAT KEMATIAN SERTA MERTA :
RM 3K - RM 5K

14. Pelepasan cukai tahunan : RM6000 maksima

Pelan Medic-Save Rider eTiQa Takaful
  • Faedah menyeluruh kemasukan dan pembedahan untuk pesakit dalam
  • Faedah rawatan kecemasan untuk pesakit luar
  • Pilihan Lanjutan Perlindungan
  • Kad perubatan untuk kemudahan pendaftaran ke panel hospital
  • Faedah kadar sumbangan cemerlang danberpatutan
Kadar Sumbangan Tahunan (6 pelan)
Kadar sumbangan meningkat sebaik memasuki kumpulan umur dan jantina.



"click at image for large view"